Info Kursus Kahwin

Pengeluaran Sijil

Sijil dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berpandukan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) JAKIM.

Pengiktirafan Sijil

Sijil sah diperakui di seluruh malaysia dan boleh digunakan untuk permohonan nikah di luar negara.

Tarikh Luput Sijil

Sijil kursus pra-perkahwinan ini mempunyai tempoh sah selama 10 tahun sahaja. Pastikan ia digunakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Perolehan Sijil

Sijil akan diberikan kepada peserta sejurus tamatnya kursus.

Mutu Penceramah

Penceramah yang berkaliber tinggi dan bertauliah dari JAINJ. Kesemuanya pakar dalam pembangunan serta hal ehwal rumahtangga.

Servis dan Lokasi

Pihak kami menawarkan servis yang terbaik serta menyediakan lokasi kursus yang strategik dan memudahkan para peserta. I.e: Keselesaan dan kelengkapan dewan, parkir kenderaan percuma, surau dan makanan disediakan.

Prosedur Kursus Kahwin

Tempah Tarikh dan Lokasi Kursus
Anda akan dihubungi oleh staff kami dalam masa 12 jam (Pengesahan)
Anda akan di 'invite' ke dalam 'Whatsapp Group', 5 hari sebelum tarikh kursus yang anda tempah
Staff/Admin Whatsapp Group akan terangkan semua info kursus serta cara bayaran yuran dan dokumen apa yang diperlukan
Hadir ke lokasi kursus pada tarikh yang anda telah tempah untuk pengesahan kehadirdan
Jalani kursus selama satu setengah hari
Peroleh sijil & Tamat Kursus

Kursus Secara Online (Zoom Cloud Meetings)

Syarikat kami masih menawarkan kursus kahwin secara online dengan menggunakan aplikasi Zoom Cloud Meetings dengan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). 

Terdapat dua syarat wajib bagi melayakkan seseorang itu untuk hadir ke kursus kahwin secara online, iaitu: 

Berasal dari negeri Johor (IC Johor) tetapi menetap atau bermastautin di luar negeri Johor atau luar negara. 

Contoh: Ahmad berasal dari negeri Johor tetapi berkerja dan bermastautin di Selangor (Syarat pertama layak) 

Borang permohonan nikah hendaklah di hantar dan disahkan di mana-mana Pejabat Kadi Daerah dalam negeri Johor sahaja.

Contoh: Ahmad akan hantar dan sahkan borang permohonan nikahnya di pejabat kadi daerah Johor Bahru. (Syarat kedua layak) 

Peserta yang ingin memohon untuk daftar kursus kahwin secara online, hendaklah menepati dua-dua syarat diatas. Tidak boleh salah satu sahaja. 

Note:

  1. Sekiranya anda bukan rakyat Johor dan ingin memohon untuk hadir ke kursus kahwin secara online atas sebab-sebab tertentu, anda hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pejabat kadi negeri masing-masing terlebih dahulu untuk hadir ke kursus kahwin online anjuran syarikat kami. 
  2. Sekiranya anda ada menghidapi apa-apa penyakit mental/emosi seperti depression atau anxiety, anda perlu kemukakan surat pengesahan daripada doctor untuk menyertai kursus kahwin online anjuran syarikat kami. 

  3. Sekiranya anda pemegang kad OKU, sila hubungi syarikat kami untuk pertanyaan lanjut. 

Soalan Lazim

Adakah kursus kahwin ini terbuka hanya untuk peserta yang berasal dari negeri Johor sahaja?

Tidak, kursus kahwin secara bersemuka ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia (yang ingin menikah dengan warganegara Malaysia). Sijil kursus kahwin sah seluruh Malaysia. 

Siapakah yang terkecuali daripada menghadiri kursus kahwin?
  • Janda kematian suami.
  • Duda kematian isteri.
  • Berpoligami.
  • Bujang lelaki berumur 50 tahun dan ke atas.
  • Bujang perempuan berumur 45 dan ke atas.
  • Pasangan yang bercerai dan ingin menikah semula selepas tempoh ‘iddah’ (Ruju’)
Dokumen apa yang perlu disediakan ketika ingin mendaftar kursus kahwin?
  • Yuran RM 150/seorang.
  • Salinan IC atau dokumen pengenalan diri lain bagi warganegara Malaysia.
  • Salinan Passport bagi bukan warganegara Malaysia.
  • Sijil akuan memeluk Islam bagi ‘muallaf’
Bilakah sijil kursus kahwin akan diterima?
  1. Kursus kahwin bersemuka.
    • Sijil akan diberikan kepada peserta sejurus tamatnya kursus. (Hari kedua)
  2. Kursus kahwin secara online.
    • Sijil akan dipos kepada anda selewatnya dua hari selepas tamatnya kursus.
    • Anda juga boleh ‘walk in’ ke pejabat kami untuk datang ambil sijil.
Bolehkah hadir ke kursus kahwin walaupun tiada perancangan untuk bernikah dalam masa terdekat?

Boleh, ini kerana sijil kursus kahwin tiada tamat tempoh, akan tetapi dinasihatkan supaya anda simpan sijil tersebut dengan baik dan cermat bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau kehilangan. 

Bolehkah sijil kursus kahwin digunakan untuk pernikahan kali kedua (cerai hidup)?

Tidak boleh, satu sijil hanya untuk sekali pernikahan sahaja. Anda perlu duduki semula kursus kahwin. 

Adakah syarikat kami diiktiraf untuk menganjur kursus kahwin di negeri Johor?

Syarikat kami adalah syarikat berdaftar yang telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menganjur kursus kahwin di negeri Johor berpandukan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam dari JAKIM. 

Apa yang perlu dibuat jika sijil kursus kahwin anda hilang?

Jika anda kehilangan sijil kursus kahwin, anda hendaklah hubungi kami semula untuk dapatkan surat pengesahan kehadiran kursus sebagai bukti dari syarikat kami. Surat pengesahan ini boleh digunakan sebagai ganti kepada sijil kursus kahwin bagi tujuan permohonan nikah. 

Etika Pemakaian

Etika Pakaian Lelaki

1. Baju Melayu
2. Kemeja Lengan Panjang atau Pendek
3. Kurta
4. Seluar Slack
5. Seluar jeans (tidak koyak)
6. Songkok/kopiah
7. Berkasut

NOTE: Tidak boleh pakai rantai/Anting-anting.

Etika Pakaian Wanita

1. Baju kurung
2. Jubah (loose)
3. Bertudung (Wajib)
4. Berkasut

NOTE: Seluar jeans/skirt/kain sarung.

TIDAK DIBENARKAN.

Hubungi Kami

62-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Malaysia

+6016 702 1206

kursuskahwinjohorofficial@gmail.com

Scroll to Top