FAQ Kursus Kahwin Johor

Berikut merupakan beberapa soalan lazim yang kerap diterima oleh pihak kami.

1. Adakah kursus kahwin ini terbuka hanya untuk perserta yang berasal dari negeri Johor sahaja?

Tidak, kursus kahwin secara bersemuka ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia (yang ingin menikah dengan warganegara Malaysia). Sijil kursus kahwin sah seluruh Malaysia. 

2. Siapakah yang terkecuali daripada menghadiri kursus kahwin?
  • Janda kematian suami.
  • Duda kematian isteri.
  • Berpoligami.
  • Bujang lelaki berumur 50 tahun dan ke atas.
  • Bujang perempuan berumur 45 dan ke atas.
  • Pasangan yang bercerai dan ingin menikah semula selepas tempoh ‘iddah’ (Ruju’)
3. Dokumen apa yang perlu disediakan ketika ingin mendaftar kursus kahwin?
  • Yuran RM 150/seorang.
  • Salinan IC atau dokumen pengenalan diri lain bagi warganegara Malaysia.
  • Salinan Passport bagi bukan warganegara Malaysia.
  • Sijil akuan memeluk Islam bagi ‘muallaf’
4. Bilakah sijil kursus kahwin akan diterima?
  1. Kursus kahwin bersemuka
    – Sijil akan diberikan kepada peserta sejurus tamatnya kursus. ( Hari kedua)
  2. Kursus kahwin secara online
    – Sijil akan dipos kepada anda selewatnya dua hari selepas tamatnya kursus.
    – Anda juga boleh ‘Walk in’ ke pejabat kami untuk datang ambil sijil.
5. Bolehkah hadir ke kursus kahwin walaupun tiada perancangan untuk bernikah dalam masa terdekat?

Boleh, ini kerana sijil kursus kahwin tiada tamat tempoh, akan tetapi dinasihatkan supaya anda simpan sijil tersebut dengan baik dan cermat bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau kehilangan. 

6. Bolehkah sijil kursus kahwin digunakan untuk pernikahan kali kedua (cerai hidup)?

Tidak boleh, satu sijil hanya untuk sekali pernikahan sahaja. Anda perlu duduki semula kursus kahwin. 

7. Adakah syarikat kami diiktiraf untuk menganjur kursus kahwin di negeri Johor?

Syarikat kami adalah syarikat berdaftar yang telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menganjur kursus kahwin di negeri Johor berpandukan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam dari JAKIM.

8. Apa yang perlu dibuat jika sijil kursus kahwin anda hilang?

Jika anda kehilangan sijil kursus kahwin, anda hendaklah hubungi kami semula untuk dapatkan surat pengesahan kehadiran kursus sebagai bukti dari syarikat kami. Surat pengesahan ini boleh digunakan sebagai ganti kepada sijil kursus kahwin bagi tujuan permohonan nikah. 

9. Siapa saya perlu hubungi jika ingin mendaftar kursus kahwin di Johor?

Anda hanya perlu mendaftar secara atas talian (online) sahaja di website kami. Klik di sini untuk mendaftar. ‘Lock’ slot anda untuk menghadiri kursus kahwin. Pihak kami akan menghubungi anda dalam masa 3 hari selepas anda mendaftar. 

29 thoughts on “FAQ Kursus Kahwin Johor”

  1. I loved as much as you will receive carried out right here.
    The sketch is tasteful, your authored material stylish.

    nonetheless, you command get bought an impatience over that you
    wish be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case
    you shield this increase.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top