Info Kursus Kahwin
Pengeluaran Sijil
Sijil dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berpandukan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) JAKIM.
Pengiktirafan Sijil
Sijil sah diperakui di seluruh malaysia dan boleh digunakan untuk permohonan nikah di luar negara.
Tarikh Luput Sijil
Sijil kursus pra-perkahwinan ini mempunyai tempoh sah selama 10 tahun sahaja. Pastikan ia digunakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Perolehan Sijil
Sijil akan diberikan kepada peserta sejurus tamatnya kursus.
Mutu Penceramah
Penceramah yang berkaliber tinggi dan bertauliah dari JAINJ. Kesemuanya pakar dalam pembangunan serta hal ehwal rumahtangga.
Servis dan Lokasi
Pihak kami menawarkan servis yang terbaik serta menyediakan lokasi kursus yang strategik dan memudahkan para peserta. I.e: Keselesaan dan kelengkapan dewan, parkir kenderaan percuma, surau dan makanan disediakan.
Prosedur Kursus Kahwin
Kursus Secara Online (Zoom Cloud Meetings)
Syarikat kami masih menawarkan kursus kahwin secara online dengan menggunakan aplikasi Zoom Cloud Meetings dengan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Terdapat dua syarat wajib bagi melayakkan seseorang itu untuk hadir ke kursus kahwin secara online, iaitu:
Berasal dari negeri Johor (IC Johor) tetapi menetap atau bermastautin di luar negeri Johor atau luar negara.
Contoh: Ahmad berasal dari negeri Johor tetapi berkerja dan bermastautin di Selangor (Syarat pertama layak)
Borang permohonan nikah hendaklah di hantar dan disahkan di mana-mana Pejabat Kadi Daerah dalam negeri Johor sahaja.
Contoh: Ahmad akan hantar dan sahkan borang permohonan nikahnya di pejabat kadi daerah Johor Bahru. (Syarat kedua layak)
Peserta yang ingin memohon untuk daftar kursus kahwin secara online, hendaklah menepati dua-dua syarat diatas. Tidak boleh salah satu sahaja.
Note:
- Sekiranya anda bukan rakyat Johor dan ingin memohon untuk hadir ke kursus kahwin secara online atas sebab-sebab tertentu, anda hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pejabat kadi negeri masing-masing terlebih dahulu untuk hadir ke kursus kahwin online anjuran syarikat kami.
Sekiranya anda ada menghidapi apa-apa penyakit mental/emosi seperti depression atau anxiety, anda perlu kemukakan surat pengesahan daripada doctor untuk menyertai kursus kahwin online anjuran syarikat kami.
Sekiranya anda pemegang kad OKU, sila hubungi syarikat kami untuk pertanyaan lanjut.
Soalan Lazim
Tidak, kursus kahwin secara bersemuka ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia (yang ingin menikah dengan warganegara Malaysia). Sijil kursus kahwin sah seluruh Malaysia.
- Janda kematian suami.
- Duda kematian isteri.
- Berpoligami.
- Bujang lelaki berumur 50 tahun dan ke atas.
- Bujang perempuan berumur 45 dan ke atas.
- Pasangan yang bercerai dan ingin menikah semula selepas tempoh ‘iddah’ (Ruju’)
- Yuran RM 150/seorang.
- Salinan IC atau dokumen pengenalan diri lain bagi warganegara Malaysia.
- Salinan Passport bagi bukan warganegara Malaysia.
- Sijil akuan memeluk Islam bagi ‘muallaf’
- Kursus kahwin bersemuka.
- Sijil akan diberikan kepada peserta sejurus tamatnya kursus. (Hari kedua)
- Kursus kahwin secara online.
- Sijil akan dipos kepada anda selewatnya dua hari selepas tamatnya kursus.
- Anda juga boleh ‘walk in’ ke pejabat kami untuk datang ambil sijil.
Boleh, ini kerana sijil kursus kahwin tiada tamat tempoh, akan tetapi dinasihatkan supaya anda simpan sijil tersebut dengan baik dan cermat bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau kehilangan.
Tidak boleh, satu sijil hanya untuk sekali pernikahan sahaja. Anda perlu duduki semula kursus kahwin.
Syarikat kami adalah syarikat berdaftar yang telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menganjur kursus kahwin di negeri Johor berpandukan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam dari JAKIM.
Jika anda kehilangan sijil kursus kahwin, anda hendaklah hubungi kami semula untuk dapatkan surat pengesahan kehadiran kursus sebagai bukti dari syarikat kami. Surat pengesahan ini boleh digunakan sebagai ganti kepada sijil kursus kahwin bagi tujuan permohonan nikah.
Etika Pemakaian
Etika Pakaian Lelaki
1. Baju Melayu
2. Kemeja Lengan Panjang atau Pendek
3. Kurta
4. Seluar Slack
5. Seluar jeans (tidak koyak)
6. Songkok/kopiah
7. Berkasut
NOTE: Tidak boleh pakai rantai/Anting-anting.
Etika Pakaian Wanita
1. Baju kurung
2. Jubah (loose)
3. Bertudung (Wajib)
4. Berkasut
NOTE: Seluar jeans/skirt/kain sarung.
TIDAK DIBENARKAN.

Hubungi Kami
62-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Malaysia
+6016 702 1206
kursuskahwinjohorofficial@gmail.com